hm memang tak ada kena mengena pun dengan tajuk sebab aku tak tahu nak letak tajuk ape.. entry ni bukan untuk dibaca dan tidak harap dibaca oleh sesiapa melainkan aku..aku hanya nak luahkan sahaja kat blog aku..kalau nak update status kat facebook or twitter macam tak manis pulak nak marah-marah bulan ramadhan ni..
aku tak tahu da macam mana nak kawal diri aku bile kena marah tak tentu pasal..kalau aku kena marah sebab salah aku aku pasrah dan terima sebab da memang salah aku. tapi yang paling menyakitkan hati aku sampai aku jadi lelah, penat dan rasa dup dap dup dap je hati ni macam nak meletup kalau bukan salah aku dan aku jadi mangsa tetibe..sejak kecil lagi aku selalu kena macam ni. ape salah aku??? apa yang aku buat tak pernah dihargai malah lagi dicaci hina lagi..aku hanya seorang anak perempuan yang belum dan harapnya tidak untuk bersikap kurang ajar..aku ikutkan walaupun hati tidak pernah ikhlas..tapi makin lama makin aku dewasa aku penat untuk rasa sakit hati dan aku mula pasrah..aku mula ikhlaskan hati supaya aku rasa ringan dan aman untuk melalukan sesuatu pekerjaan..yup memang berhasil walaupun tak suka macam mane pun tapi kalau kita ikhlas kan hati tak susah mane pun nak buat..
dah lama da aku buang tu semua tapi malam ni aku rasa sakit hati sangat sebab memang bukan salah aku..marah kat orang lain tapi aku jugak kena libat..habis segala-galanya diungkit..penat la asyik kena ungkit.. kerja yang baru 2 minggu kata da bagi sebulan, nak melawan untuk tegakkan keadilan aku tak mampu, aku seorang perempuan mana larat nak lawan lelaki..so aku diamkan sahaja..aku cuba pekak kan telinge tapi hati aku tetap bengang dan sakit hati..aku cuba bersabar dan berzikir untuk reda kan hati ni tapi aku masih lagi terasa so sebab tu aku decide nak tulis pasal ni..
aku just berharap insan tu tolong la berubah..jangan ingat kita ni lebih tua, orang muda je yang boleh kurang ajar, kadang-kadang orang tua pun kurang ajar gak..aku bukan kata sedap hati tapi ini realiti..penceramah agama pun ade cakap pasal ni..tapi kau hanya higlight jangan nak derhaka. lagi satu jangan nak tentukan orang masuk syurga atau neraka kalau diri sendiri pun belum tentu syurga nerakanya..itu semua ketentuan ALLAH...ya Allah aku mohon kepada kau supaya kuatkan diri untuk terima dugaan mu..aku pasti KAU akan beri aku ganjaran yang hebat..
sekian..
No comments:
Post a Comment