Sunday, November 19, 2017

Challenge make us better


 Eh, blog aku apa ye nama dia? papan carian mula dibuka. laju jari jemariku menaip nama ku. tetapi didalam kotak fikiranku, aku memang tahu bukan nama blog aku sebab aku mmg sengaja tidak mahu blog aku senang dicari dalam dunia sesawang ini.

Mata ku tertancap dengan namaku terpapar. Miss Puti Arifah. Eh siapa pulak lah yang tulis pasal aku ni? (perasan betul, macam la nama tu kau seorang yang punya). Jari tanpa disuruh terus klik pada link tersebut. Mata terus melakukan kerjanya, Young Executive Seminar (YES). Lagi bertambah la kegelojohan untuk tahu pemilik blog ini kerana ianya pasti milik salah seorang rakan kerja ku dipejabat.

Scroll....scroll..ke bawah eh naik atas sikit..nak baca jugak dulu sebab ada nama ku..kepoci betul..hiks. bibir mula mengukir senyuman..haishhh apa tidaknya, orang tengah puji kau kot. kau rasa? lumrah seorang manusia suka akan pujian.

Akhirnya aku jumpa penulisnya..yes my sister (not biological sister but i love her as my sister. nak jadi sister in law mana mungkin).

Post tersebut menceritakan beliau mengambil cabaran sebagai seorang pengacara majlis. Aku sendiri akui yang bukan semua orang boleh jadi pengacara majlis. Aku juga mangsa keadaan. Mangsa ditolak untuk menjadi pengacara setelah di tolak oleh sister aku sorang ni ha..yela kakak kan..so kita beralah la ye tapi mestilah dengan bersyarat. Syarat-syaratnya adalah :


  • Kena selalu ada dan tolong berlatih sesama as back up (kot2 la something happen to me ke kan)
  • Kena selalu bagi semangat (yup I need it so much)
  • Yang ni paling best, she said if I take this job, she will treat me like a princess! Weyh sape tak nak weyh, tanduk mula keluar. hihi)
So bermulala sesi untuk belajar menjadi pengacara majlis untuk pertama kalinya. Aku penah dulu bercita-cita nak jadi pengacara majlis ni tapi biasa penakut ya amat. Yup kebanyakkan orang akan lihat aku sebagai seorang yang berani ke hadapan, berdepan dengan orang ramai, bercakap dikhalayak ramai..tapi kalau bukan majlis boleh la. 

Berbeza dengan majlis, orang tertumpu pada kita. Pengacara majlis merupakan salah seorang yang memegang tanggungjawab yang besaaaarrrr untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Orang ramai akan memberi perhatian untuk mendengar arahan atau input dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada Haji Ahmad Shukri kerana telah menjadi guru atau sifu kepada diri yang banyak giler kekurangan tentang pengacara majlis. 

Kisah dua hari, ku rasakan dua abad. Tepat jam 5.00 petang, akhir kata dari ku yang diakhiri dengan serangkap pantun, telah meringankan beban dibahu. Lega sungguh rasanya. Syukur Alhamdulillah.
Ketika Cik Shafiah sebagai pengacara majlis Young Executive Seminar (YES) 2016. Siapakah yang bakal menggantikan beliau?
Diriku sebagai pengacara majlis Konvesyen Penyeliaan Kebangsaan (KPK) 2017. Nama tercalon sekali lagi tapi diberi pilihan untuk menolak

Ketika diri ku dipaksa oleh Cik Shafiah
sebagai pengacara majlis  Konvensyen Pennyeliaan Kebangsaan (KPK) 2016



No comments:

Post a Comment