Saturday, July 2, 2011

gigit tuttttttt

hurm zaman skang hal atas katil pun di war-war kan..langsung tak ade rase malu..tapi tula kalau tak di war-warkan kita tak tau hak kita..so ape komen korang??? so ni ade berita sikit sumber metro online..

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.
Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:
"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."
Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

fikirkan lah..satu je prinsip aku kalau buat seks tu jangan syok sendiri and puas sendiri..adios..

2 comments:

  1. YES BOLEH DAH KOMEN! HAHA.
    Erk, tertype dalam caps pulak.

    Anyway, OMG diorang ni muslim ke? Kenape takde segan silu dah ni? ><

    ReplyDelete
  2. hehehe biase la tu..technical..pasni komen la byk2..hehehe muslim rsnye sbb tgk name pun cam melayu jek

    ReplyDelete