21.10.2010
Cuti-cuti Cinta
TGV Seremban 2
Insya-Allah mlm ni pada pukul 9.10pm
Aku bersama kawan-kawan aku akan menonton cerita ini.
Dah lama aku tunggu cerita ini.
Kalau ada rezeki dapatlah tengok malam ni gak.
First day cerita ini ditayangkan.
Harap dapat enjoy.
oh..tak lupa juga, dikesempatan ak menaip blog ni aku
nak ucapkan thanks, terima kasih, arigato, sheashea, nandre
to my beloved sister sebab belanja kami tiket wayang.
Semoga dimurahkan rezeki.
Next time kitaorang pulak belanja.=)
Tapi sedih jugak sebab salah seorang ofismate kitaorang tak dapat join
sebab ada kenduri tahlil malam ni katanya.
Tak apela, belum rezeki keluar dengan kitaorang.
Maybe next time k?
Sinopsis ringkas untuk cerita ini:
Eava Ealiana (Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi). Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy (Farid Kamil) seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava…
Kalau nak sinopsi lengkap boleh rujuk ke sinopsis http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Cuti-Cuti_Cinta_999
No comments:
Post a Comment