La Tahzan
(jangan bersedih)
Assalamualaikum kepada sesiapa yang tersinggah dan memang nak singgah blog aku ni...
Pada hari ini, aku sedang menjalankan tanggungjawab aku
sebagai seorang Islam iaitu mengganti puasa..hehehe...
malas nak tangguh lama-lama...bukan apa makin lama
makin kita tangguh makin malasla nak buat..aku ini bukan kuat
iman sangat pun...jahilnya aku ni..
So rutin aku di ofis sudah pun berubah..Aku tak pergi lunch...
yela puasa, tak kan nak pergi makan lak...huhuhu
sebagai ganti aku meneruskan membaca novel yang bertajuk
" CINTA 3 SUKU " novel yang agak menarik untuk dibaca..=)
dalam asyik aku membaca novel tersebut, aku juga dengar radio
pada masa itu aku dengar suria fm...yang ingin memainkan
lagu shahir yang sangat famous...aku dah muak dengar lagu itu
lantas membuat keputusan untuk menukar siaran..tanpa fikir pun
nak tukar siaran...102.7..rupa-rupanya IKIM fm..
dalam kelekaan aku membaca novel tersebut tiba-tiba
telinga aku menangkap suara seseorang yang sedang bercakap
di radio...tajuk ceramahnya ialah 'La Tahzan" (jangan bersedih).
kata penceramah itu:
Jangan BERSEDIH jika kamu tidak ada KERETA
kerana kita ada kaki untuk berjalan
JIKA dibandingkan dengan orang tidak mempunyai kaki.
Jangan BERSEDIH jika anak yang baru dilahirkan mati
kerana ada lagi yang bersedih
kerana anaknya meninggal lebih ramai dalam kemalangan
meninggal serentak.
Jangan BERSEDIH jika kamu buat DOSA
kerana Allah masih memberi peluang
kepada kita untuk berTAUBAT.
Jangan BERSEDIH jika kita banyak masalah
sesungguhnya Allah sentiasa memberi jalan kepada umatNYA
cuma kita yang menutup jalan penyelesaian...
oleh itu jangan lah kufur..berTAUBAT lah, Insya-Allah
Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian.
Jangan buat Muka!!!
kerana Allah telah mencipta muka yang cantik untuk umatNYA
kesimpulannya jangan lah bersedih tapi
kalau tersedih tak apa kot just jangan terlalu bersedih
=)
No comments:
Post a Comment