you yourself tak payah nak explain pun da tau maksudnye..so awak adalah diri awak..so diri anda..for me kita tak boleh nak menilai seseorang tu dari pemakaian, peribadi dan lain-lain lagi..itulah kadang-kadang kita ni manusia cepat sangat nak melatah sana sini..cuba bawak bersabar dulu...hurm ni peringatan untuk diri sendiri jugak...yup..memang aku jugak manusia yang sangat lemah!! memandangkan aku tengah blog walking and then hampir lima entri pasal benda ni so i decide to give my opinion about this topic..dari pengalaman dan jadikan la sebagai teladan..benda ni subjektif terlalu awal untuk menilai dan terlalu lambat juga untuk menilai. just untuk remind diri sendiri.
first ok aku seorang yang bertudung penuh since aku tamat form 5. sebelum ni even da period start standard 6 tapi aku tak pernah nak pikir dosa bagi aku panas so nak bukak tudung..then tengok orang tu tak pakai pun, orang ni tak pakai pun so kenapa pulak nak sibuk-sibuk pakai???? jahil betul diri aku time tu..pikir panas dunia je, panas akhirat macam mane weyh??? maksud aku pakai full ni even kat kampung dalam umah if ade sedara yang bukan muhrim a.k.a kita boleh kahwin so kena pakai tudung even tido pun. tapi aku tak tau la sejauh mane kebenaran tentang aurat kita semasa kita tido. ade orang mengatakan takpe sebab kita dalam keadaan yang tidak sedar. yela kena paham jugak tak semua orang ade kampung besar dan setiap keluarga ade bilik ye dak??? so family aku merupakan family yang tido dekat hall..
second aku masih ingat lagi yang aku pernah cabut tudung setelah sampai kampung...mula-mulanya aku tak nak bukak tapi lama-lama makin tercabar iman ni..seorang, seorang sepupu aku bukak tudung..haish...sedapnye dorang tak perlu berpanas-panas..akhirnya aku tanggalkan jugak..aku pun tak tau la kenapa..mungkin aku belum boleh pikir dengan waras..bila mak aku tanye mane tudung ko,??? and aku boleh lak cakap da terbang..hehehe then cepat-cepat lari ke ruang tamu. jahilnya aku..=.="
third aku tak kata orang yang tak bertudung tu jahat semuanya dan aku tak kata jugak yang bertudung tu baik semuanya...cuma kebiasaannya bila kita da pakai tudung ni. nak buat jahatnya kurang la..tapi pakai tudung tu mesti ikhlas..bukan sekadar hendak menutup segala love bite kat leher tuh..itu da persendakan agama tu..ko pakai tudung tapi ko main-main..sebab tu orang lain da memandang serong terhadap wanita yang bertudung or bahasa kasarnye minah tudung..aku berani cap jari la pakai tu tak ikhlas, just untuk nampak baik..or nak tutup perangai sebenar..sebab tula orang yang pakai tudung pun boleh mengandung anak luar nikah..tak ke pelik???? paling tidak pun mesti ko tak pernah bertudung..
forth so ramai jugak sekarang ni bersosial, mungkin jugak tak kisah untuk tersentuh sana sini..aku mengaku aku pun tak really ambik berat pasal tu tapi dulu aku ambik berat..kalau terkena sikit cam terkena najis tapi skang ni kalau terkena sikit-sikit aku just ignore. tapi kalau lebih-lebih tu memang aku hangin!! tak kirala ko rindu awek ko ke??? mak ko ke??? even aku ni da nampak cam mak orang tapi aku ni kawan ko, so hormat aku..aku bukan pempuan yang ko kenal, yang boleh layan mana-mana lelaki, yang senang ko nak peluk-peluk, raba-raba, urut-urut ko sesuka hati ko je. hangin pulak aku. tapi aku tak nafikan banyak benda jahat yang aku da lakukan tapi aku harap akan berakhir secepat mungkin dengan mendapat keredhaan darinya.
fifth soal solat..hurm solat ni aku tak tau la kenapa liat bagi sesetengah orang termasuklah diri aku sendiri..aku berusaha sebaik mungkin untuk melengkapi..sampai bila nak berlubang je kan????so genap 21 tahun ni aku harap aku tak tinggalkan solat tanpa sebab. end pasal solat sebab aku rasa masing-masing pun tau diri masing-masing.
sixth baca al-quran..hurm aku da banyak kali khatam al-quran tapi aku tak berusaha ke arah mencari makna setiap ayat. aku teringin tapi teringin aku tak ke mana..ya-Allah bantula diriku ini..tapi pendapat aku even susah sangat nak cari makna at least kita baca..nape susah sangat??? tapi orang skang ni jarang belajar baca al-quran..bila da terlambat malu nak pergi kelas mengaji tapi kelas nak mengejar harta kekayaan tak malu pulak even orang kata kubur da panggil mari??? sibuk sangat kejar harta dunia. padahal kalau baca al-quran tu tahu maksudnya banyak ilmu kekayaan..tapi orang tak nak jugak... sebab ape??? sebab susah...kena cari makna baru tau..tula skang semua nak senang..bukan ke bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian?? dunia pun dapat akhirat pun dapat..sombong sangat kita dengan al-quran. tak nak luang kan mase even satu baris ayat untuk dibaca.
lastly..you yourself..akhirnya semua bende berbalik kepada kita..kita sendiri yang pilih untuk hidup didunia dengan corak yang tersendiri..adekah corak seperti awan putih yang diserikan dengan pelangi ataupun corak yang penuh dengan awan yang gelap...
seperti biasa aku mengambil peluang untuk kita sama-sama berdoa.."Ya Allah kau bukakanlah pintu-pintu orang yang baca entri ini ke jalan syurga mu Ya Allah, semoga mendapat keberkatan dan terhindar dari segala dosa dan ampunilah dosa-dosa lepas, aminnnn" insya-Allah..mudah-mudahan termakbul.