Wednesday, June 1, 2011

Al-Fatihah for a stranger

Al-Fatihah..buat seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali...sebaya dengan aku...merupakan kawan kepada kawan aku..tak sangkakan bila kita mati...mati itu pasti..aku tahu pasal arwah sebab status facebook kawan aku..seorang lelaki yang hensem, sedap mata memandang..sejuk je perut sebab mengikut gambar-gambar beliau menunjukkan peribadi arwah yang baik..insya-Allah...arwah sebaya dengan aku..so muda lagi...masih lagi belajar diperantauan iaitu universiti Al-Azhar. sayu jugak kalau aku yang berada ditempat kawan aku, mesti aku tak dapat terima sepenuhnya..dah la dengan tak dapat jumpa kali terakhir dan jauh pulak tu..procedure nak bawak arwah ke tanah air mesti mengambil masa..hm ntahla...aku pun tak tau la..aku tak pernah alami situasi macam ni lagi..sedih jugak kita selalu contact kawan kita..happy happy..gurau senda..perli perli...semua suka dan duka kita kongsi tapi sedih dan perit kalau tiba-tiba je kita dapat tahu kawan kita tak ade lagi..ya Allah..aku tidak kuat untuk menerimanya....Ya-Allah kau ampunilah dosa-dosa kawan-kawan aku dan kuatkan la iman mereka..Amin...tak lupa juga pada arwah kawan kepada kawan aku, ya Allah kau ampunkan la dosa arwah dan masukkanlah arwah dalam golongan orang yang beriman.... lagi satu pesanan arwah meninggal kerana radang paru paru..kepada sesiapa yang selalu mandi waktu malam atau tengah malam agar hentikan la...sayangi paru-paru anda..


No comments:

Post a Comment