Monday, November 15, 2010

aku baru nak kenal

Assalamualaikum..semoga semua yang sudi membaca, terbaca dan yang paksa untuk membaca berada dalam keadaan yang sentiasa dirahmati olehnya. Di pagi yang isnin yang penuh rahmat ini. Seperti biasa aku akan menjejakkan kaki di tempat aku praktikal tapi hari ini aku tidak ada kerja untuk dibereskan...Oleh kerana terlampau bosan lalu tercetus dalam kotak idea aku ni nak tulis sebuah puisi: sejak bila aku ambik sastera ni? hehehe
So sajak ni bertajuk : Aku baru nak kenal

Aku baru nak kenal 
Erti belajar diperantauan
kerana aku tak pernah bersekolah asrama
Tapi aku berhak untuk mengenalinya

Aku baru nak kenal
Menguruskan hal pelajaran sendiri
kerana sebelum ni mak yang buat
Tapi aku juga harus buat sendiri

Aku baru nak kenal
Hidup dengan kawan-kawan 
Lebih rapat dan memahami
dan juga matang

Aku baru nak kenal
Kenal sebagai seorang 
berdikari dan matang

Tapi....
kau purnahkan harapan aku
Kau tak pernah kenal
Erti kemanusiaan
Kau buat aku buta
Jatuh sayang, 
sayang yang tidak berbalas
Kau membuat aku berfikir sejenak

Aku baru nak kenal
Kenal diri sendiri..
kenal untuk menilai seseorang
sesungguhnya aku tidak layak untuk menilai

Tapi...
Aku hanya insan yang biasa
Kau mungkin juga terlupa
Aku bukan mainan kau
Yang tidak punya hati dan perasaan..

Kini aku mengenali.....

Puisi ni khas untuk perjalanan hidup aku sebagai seorang junior uitm...sekian dari aku...terkenang kembali....


1 comment:

  1. puti, anda di tag 4 join GA "spe nk hadiah free dr paris"

    join la ye ;)

    ReplyDelete