Assalamualaikum....wah rindunya aku kat blog ni hah..sehari tak bukak rasa macam dah berpuluh-puluh tahun tinggalkan...hahaha....bombastik lak. apa yang terjadi hari ini??? lunch aku??? boss??...seperti biasa tepat pada pukul 1 petang budak bawah akan naik ke tingkat atas untuk bersantap. Biasalah geng praktikal ni lunch kat atas dan geng staff-staff makan kat department bawah.
So tadi, pukul 12.58 petang penyelia aku pun dah turun bawah, jadinya tinggallah aku dan ayu. Kitaorang menunggulah ein dan kak ati naik. Sementara tunggu, tiba-tiba BIG BOSS aku keluar dari biliknya, cuwak jugak sebab aku tengah bukak facebook...hahaha...then boss aku tanya, nak turun bawah ke? Nanti nak beli makanan ke?......Erm...kitaorang dah bawak bekal puan. Nape ye? Puan nak pesan ke? Saya rasa orang bawah(staff-staff) nak pergi beli makanan. Puan nak kirim ke? soal aku dengan penuh lancar. hurm dah tau dah dia malas nak turun bawah, pergi beli sendiri. Saya ingat nak kirim lah, kata boss aku dengan suara yang cool jek. Then aku cakap la, saya bagi tau dorang.
Boss aku cepat je masuk balik bilik dia, pergi ambik duit. Aku pun apa lagi gelabah la interkom ein. Ein....suruh dorang tunggu jap, puan nak kirim. Ok, kata ein. Then boss aku bagi duit kat ayu, ayu pun bergegas turun bagi duit dekat kak Ida. So kak Ida la yang kena beli.~ ~ ~
(aku, ein & ayu makan nasi lemak, kak ati makan bihun goreng, boss aku makan nasi putih + ikan bawal sambal + sayur)
Then...tit tit tit titttttt......bunyi pintu. Siapa lagi kalau bukan ein dengan kak ati. Puti.....cepatlaaaa....aku excited ni..kata ein dengan penuh excited sangat plus terlonjat-lonjat lagi. Tak sedar agaknya ada boss kat bilik tu..dah la tempat aku tu dekat je dengan bilik boss. Aku pun kata la, woi agak-agak sikit, boss ada sengal. Aku pun cepat-cepatla pergi kat bilik yang selalu kitaorang pergi makan. Ein pun bagi tau apa yang dia excited sangat tu. Kak ati and ayu pun dengar jugak. Kak ati dengar but kali ni dia makan laju betul, cepat giler abis then dia siap terus basuh bekal dia. Sementara dia basuh bekal dia, tiba-tiba ~ ~ ~
Tit tit tit tittttt...ohw makan boss dah sampai. pastinya itu kak Ida. Boss pun pergi lah ambik then dia bukak bungkusan tu. Mak aihhhhhhh banyak bonar ni nasiknya. Dengar suara makin lama makin dekat. aku ni tengah syok borak ngan ein. tiba-tiba....boss masuk. Dia letak makanan dia then duduk tempat kak Ati, then bukak and makan.. kitaorang terus diam seribu bahasa. boss tanye sepatah jawab la sepatah. hahaha..masing-masing pandang muka sesama sendiri and cepat-cepat abiskan makanan. Dah jadi tak selesa. Pastu diam je. teiba bangkit la isu semasa. pasal banjir especially..
Dah borak-borak pasal isu semasa tetiba kak ati tanya mekah penah banjir kan. then puan pun kata penah..tak silap saya tahun 1970 lebih.. semua pun angguk. pastu borak pulak pasal haji.. Dah si ein ni pergi tanya puan penah pergi haji berapa kali. puan pun bercerita la pengalaman beliau. hurm ada pengetahuan baru yang aku dapat. rupa-rupanya klu sembelih kat sana time raya haji sangat berlainan caranya. penyembilh tak yah susah-susah ikat dan tumbangkan binatang-binatang yang nak kena sembelih tu. Just cut it out!!! Amazing!!!!! Bertapa besarnya KEBESARAN ALLAH... Maybe binatang-binatang kat sana dah tau kot. Tapi still tak sangka yang harini makan tengah hari dengan boss without other staffs..tak sangka dia boleh join kitaorang sebab biasanya dia akan makan dalam bilik dia je. bertuah ke kitaorang ni???
No comments:
Post a Comment